Wednesday 21 March 2012

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 6


Title : SOS
Artist : Hinako Ashihara
Status : Available

Apabila Raku, Nono dan Yú bekerjasama menubuhkan sebuah agensi bagi menemukan jodoh uda dan dara, mereka bertiga tidak menyedari bahawa ada bahaya sedang menanti mereka: Salah seorang daripada pelanggan mereka diserang oleh teman temu janjinya manakala seorang guru pula telah mengetahui hakikat perkhidmatan rahsia ini di sekolah. Sementara itu, sebuah percintaan tiga segi mula terukir di antara mereka bertiga.
 Selain S.O.S, novel grafik ini turut memuatkan dua lagi kisah remaja dalam menempuhi alam percintaan: Lagu Manis Darimu dan Semudah Kehidupan. 



Title : Remember 
Artist : Benjamin
Status : Available

Rain, seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis komik yang terkenal tetapi terpaksa melupakan cita-citanya dan bekerja sebagai kerani untuk menampung hidup. Suasana mula bertukar selepas dia menjalin hubungan cinta dengan seorang kartunis muda yang ditemuinya di pameran komik. 



Title : Gagahnya Kelab Manik !
Artist : Motomi Kyousuke
Status : Available

Korang pernah dengar tak pasal "perempuan yang gagah"? Aku, Oikawa Ibuki, tergolong dalam kumpulan perempuan sebegitu. Tapi apabila aku berpindah sekolah, aku telah mengambil keputusan untuk cuba menjadi perempuan yang comel. Malangnya pada hari pertama di sekolah baru, seorang pelatih gagak yang pelik telah ternampak sikap diriku yang maskulin dan membawa aku ke tempat lain... Cuba korang teka kat mana dia bawa aku?! 


Title : Mengintai Busur Beradu
Artist : Motomi Kyousuke
Status : Available

Setelah mengalami kecederaan lutut ketika membuat persembahan balet Anna Katsuragi terpaksa menelan hakikat terhadap komplikasi yang dia terpaksa bersara daripada balet dan impiannya membuat persembahan solo di dewan teater yang gemilang. Dia yang juga digelar "Primadona Genius" oleh masyarakat sekeliling kerana kehebatan balet - menyertai kelab Kyudo atau kelab memanah kerana tercabar dek desakan Jinnai Takeru, musuh ketatnya sejak kanak-kanak lagi. Tatkala mengharungi seribu keperitan diberi, Anna mula sedar dan kenal dengan erti sebenar "Primadona" yang terletak sejajar dengan resmi padi - semakin berisi, semakin tunduk ke bumi. 



Title : Penguin Prince
Artist : Motomi Kyousuke
Status : Available

Ranko, seorang gadis yang cukup digeruni disekolahnya sehingga digelar "Witch" dan Murakami, seorang peria kacak yang mendapat gelaran "Prince" daripada kalangan pelajar lain terutamanya perempuan. Pada satu hari, Ranko telah mengetahui rahsia besar Prince yang bisa membawa aib yang hebat kepada Murakami. Dengan memahami kesulitan yang menyelubungi lelaki itu sebagai idola, Ranko dalam diam mula mengenal erti cinta sekali gus menyedari kewujudan nuansa wanita yang terpendam di dalam dirinya selama ini.



Title : Star Post
Artist : Nakamura Sayumi
Status : Available

Star Post merupakan sebuah laman web yang misteri - hangat diperbincangkan oleh pelajar-pelajar di sekolah Asuka. Pada suatu hari, Asuka berjaya mengakses ke laman web yang sememangnya sukar untuk dimasuki kerana tiada siapa tahu cara untuk masuk ke laman web tersebut. Walaupun masih ragu-ragu dengan laman web itu, Asuka mula berbincang dengan penasihat misteri di laman web tersebut mengenai dirinya dengan Ryohya - pelajar senior yang disukainya secara diam-diam. Apakah yang berlaku selepas itu? Kisah 'Takdir Cinta' ini adalah nukilan kisah cinta di alam persekolahan. 

Selling Price : RM 3.00 per book
Original Price : RM 6.50 per book
Status : All Available
Book's Condition : All in a great shape. =D

2 comments: