Thursday 15 March 2012

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 4


Title : Benarkan Aku Jadi Pelayanmu 
Artist : Toma Rei 
Status : Sold

Kisah maid super comel dan butler sebuah kedai kopi (Crown). Suatu hari, semasa Yuzuko diganggu gengster, seorang pelayan cantik yang bekerja di kawasan berhampiran datang memberi pertolongan. Walaupun dia perempuan, tapi Yuzuko rasa berdebar-debar. Siapakah pelayan itu...?! Inilah kisah cinta hebat dari Rei.




Title : Selami Rentakku 
Artist : Kikuchi Kamaro
Status : Sold

Aku sangat, sangat, sangat, sukakan pemuzik terkenal - Ash. Suatu hari, di dalam kesibukan orang ramai di kotaraya ni, aku terjumpa Ash! 

"Sekilas pandang pun cukuplah..." kata aku dalam hati sambil bergerak menghampiri Ash. Tanpa disangka Ash menoleh lalu menyapaku. Siap tanya, "Awak nak tak jadi pembantu peribadi saya?" Macam tak percaya! Bagaimana nasib aku lepas ni ya?!   





Title : Temani Aku 
Artist : Shimaki Ako 
Status : Available

Apabila mendapat tahu bahawa bekas sahabatnya, Shibo sedang berusaha memenangi hati seorang lelaki yang merupakan saingannya di sekolah; Toshiki Fujikawa hanya menyedari bahawa dia mencintai Shibo sejak kecil lagi. Maka dengan itu, dia pun berusaha dengan sepenuh daya untuk memenangi hati wanita tersebut. Walau bagaimanapun, ikhtiarnya itu ternyata sukar kerana Shibo sebaliknya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya. Novel grafik ini turut mengandungi empat buah lagi cerita karya Ako Shimaki yang berkisar tentang cinta remaja dalam menempuhi kedewasaan. 



Title : Orange Kiss
Artist : Usami Maki
Status : Available

Kijima Aka telah bermimpi. Di dalam mimpinya, dia dan seorang lelaki berambut oren telah berkucupan di bawah keindahan matahari yang terbenam. Dan lelaki di dalam mimpi itu merupakan rakan sekelasnya, Shimizu! Apakah erti mimpi itu? Mungkinkah Aka menaruh perasaan pada Shimizu dalam diam? Apakah pula pandangan Shimizu terhadap Aka? 



Title : Desir Desir Sakura
Artist : Usami Maki
Status : Available 

Setelah kematian ibunya, Satsuki mengambil alih tanggungjawab sebagai penjaga makan minum adiknya di rumah dengan ayahnya bertungkus-lumus menjalankan perniagaan kontraknya. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang jurugambar di sebuah taman. Walau bagaimanapun, pertemuan mereka tidak kekal lama apabila ralat terjadi sekali gus memercikkan sebuah pertengkaran. Akan tetapi, hubungan mereka kembali bertaut setelah mengetahui bahawa masing-masing belajar di bawah institusi ilmu yang sama. Percintaan lalu terukir... pada musim sakura sedang kembang mekar. 


Selling Price : RM 3.00 per book 
Original Price : RM 6.50 per book 
Book's Condition : All in a great shape. =D

No comments:

Post a Comment