Thursday 15 March 2012

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 3


Title : Teman Sang Puteri 
Artist : Jinna Mai
Status : Sold

Mengisahkan seorang pemuda, Shingo Kanou melalui seribu badai untuk menjaga anak tunggal perempuan soerang jutawan yang nakal dan degil. Shingo terpaksa membuktikan kepada anak jutawan itu untuk terus berkhidmat di vila mewah tersebut dan terpaksa menelan segala dugaan yang dilemparkan kepadanya. 



Title : Puteri Dan Cinderella
Artist : Natsuna Kawase
Status : Sold

Kisah romantik impian dan cinta Puteri Tsubaki - pada majlis hari jadinya yang ke 16, ayahandanya iaitu Raja telah bertitah kepadanya bahawasanya dia mesti memilih calon bakal suami dengan segera. Merumitkan lagi keadaan,  puteri meminta bantuan secara rahsia daripada seorang pemuda yang hidupnya persis bak “Cinderella” bernama Aoi...?! 



Title : Organisasi Rahsia Sekolah 
Artist : Shiba Nana
Status : Available 

Hiriyama dilanda masalah apabila dia mendapati beg dan mejanya di sekolah diselongkar oleh seseorang. Dia juga merasakan yang dia sedang diperhatikan lalu Kimi mendapatkan bantuan daripada Hoshimiya Issei dan rakan-rakan yang dikenali sebagai Organisasi Rahsia Sekolah. 



Title : Darah Si Rembulan ( Vol.1-2 end )
Artist : Black Tohfu 
Status : SOLD

Lantarima, seorang anak gadis yang mempunyai kebolehan melihat visi gelap - kebolehan melihat kejahatan di dalam sanubari manusia lain. Dia berpindah ke sebuah sekolah baru dan berazam untuk hidup seperti gadis normal. Hajatnya tidak kesampaian apabila bertemu Garin, seorang remaja lelaki yang pelik dan mempunyai minat mendalam terhadap ilmu hitam. Sementara pelajar lain sedang bertungkus-lumus menyiapkan persediaan untuk festival Loi Krathong, seorang pelajar ditimpa kemalangan yang membawa kecederaan parah. Visi Lantarima memberikan bayangan yang kemalangan itu ada kaitan dengan ilmu hitam. Patung vodoo ditemui di tempat kejadian dan itu menguatkan lagi firasatnya bahawasanya Garin adalah orang bertanggungjawab. Buku pertama daripada dua buku bersiri. 



  Desh yang terjatuh dari bangunan sekolah akhirnya sedar dari koma. Apabila di soal-siasat oleh polis, Penolong Pengarah dan Cikgu Virush, dia tidak dapat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya pada malam itu. Lantarima, mula menyimpan syak kepada Garin setelah beberapa kejadian aneh menimpanya. Sementara itu, pada malam Festival Loi Krathong, Lantarima bakal berdepan dengan sebuah kebenaran tentang darah si rembulan.



Title : Secangkir Teh Karamel
Artist : Usami Maki
Status : Available

Bagi Nozomi, dunia ini mempunyai pelbagai kemungkinan mendatang kecuali "cinta pada pandangan pertama". Walau bagaimanapun, kehadiran seorang peria yang bekerja di sebuah kafe telah menundukkan pegangan bongkak Nozomi bila dia jatuh hati kepada pelayan tersebut. Tanpa menghitung sebarang risiko, Nozomi meluahkan perasaan cintanya dengan terburu-buru dan seperti dijangka, ia telah ditolak oleh lelaki tersebut tanpa mengambil masa yang lama. Tatkala perasaan marah dan sedih yang bercampur gaul, Nozomi mengambil tekad untuk bekerja di kafe yang sama; bersama peria tersebut bertugas di bawah satu bumbung yang sama. Dapatkah Nozomi membuktikan bahawasanya perasaan cinta hanya akan wujud "pada pandangan kedua?" 


Selling Price : RM 3.00 per book
Original Price : RM 6.50 per book
Book's Condition : All in a great shape. =D

No comments:

Post a Comment