Thursday 15 March 2012

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 5


Title : Full Moon Joker
Artist : Takamiya Satoru
Status : Available

Yukihara Mutsuki adalah pelajar tahun pertama di Sekolah Tinggi Mitsuki. Dia mempunyai kebolehan yang agak pelik, iaitu kebolehan mendengar dan merasai perasaan orang lain. Namun, seperti gadis-gadis biasa, dia cuba mencari cinta. Suatu hari, Mutsuki bertemu lagi dengan seorang jejaka yang pernah duduk di sebelahnya di dalam tren. Adalah pertemuan ini ditakdirkan? Mutsuki rasa begitu.. 



Title : Lovely Baby 
Artist : Yumachi Shin
Status : Available

Dengan ibu bapa bertugas di luar negara, Kohinata Ann terpaksa bermastautin di rumah neneknya dan bersekolah di teratak ilmu berdekatan. Malangnya, pada ketika itu juga, neneknya dimasukkan ke hospital dan dia pun terpaksa menjaga kebajikan tempat tinggal tersebut. Selain Kohinata, terdapat tiga lelaki lain yang tinggal di bawah bumbung yang sama. Entah mengapa, salah seorang daripadanya, Ryu seperti tidak menyukai kehadirannya di situ. 



Title : Bersamamu di Ros Biru
Artist : Washio Mie
Status : Available

Buat pertama kali Kogiku datang ke Tokyo semata-mata hendak bersekolah di bandar itu. Dia tiba di Asrama Ros Biru yang sangat terkenal. Tempat yang seharusnya asrama perempuan, ia dipenuhi pelajar lelaki yang segak tampan bagaikan model. Apa yang akan berlaku seterusnya?!  




Title : Buatmu, Puisi Terpendek Di Dunia
Artist : Nakamura Sayuki
Status : Sold

Kata-kata indah yang ditulis mewakili kerinduan di hati pasti akan menghasilkan puisi terhebat.
Hatsune Kohda seorang gadis yang sukakan puisi. Demi bertemu penulis pujaannya, Shuuya Yoshihara, Hatsune berusaha memasuki sekolah tinggi yang sama. Sewaktu memohon memasuki Kelab Puisi, Hatsune terserempak dengan teman baik Shuuya, Riku Kureno. Apakah yang akan berlaku seterusnya?!


 

Title : Cinta Seindah Langit
Artist : Ichikawa Show
Status : Available

Selama ini, Sora kerap berpindah sekolah kerana mengikut keluarganya. Sora sentiasa berharap ini kali terakhir baginya bertukar sekolah. Sora juga selalu mengimpikan dirinya dikelilingi ramai rakan sekelas dan bergembira melalui detik-detik indah zaman persekolahan. Namun tanpa disangka, selain dirinya, kesemua pelajar dalam kelas barunya adalah PELAJAR LELAKI! Tambahan pula, setiap dari mereka mempunyai personaliti tersendiri. Sora sangka Haruki adalah ketua kelas tersebut lalu cuba berkawan rapat dengannya. Tetapi apa yang akan berlaku pada Sora seterusnya?! 


Selling Price : RM 3.00 per book
Original Price : RM 6.50 per book
Books's Condition : All in a great shape =D

No comments:

Post a Comment