Showing posts with label Gempak Starz Malay Manga. Show all posts
Showing posts with label Gempak Starz Malay Manga. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 6


Title : SOS
Artist : Hinako Ashihara
Status : Available

Apabila Raku, Nono dan Yú bekerjasama menubuhkan sebuah agensi bagi menemukan jodoh uda dan dara, mereka bertiga tidak menyedari bahawa ada bahaya sedang menanti mereka: Salah seorang daripada pelanggan mereka diserang oleh teman temu janjinya manakala seorang guru pula telah mengetahui hakikat perkhidmatan rahsia ini di sekolah. Sementara itu, sebuah percintaan tiga segi mula terukir di antara mereka bertiga.
 Selain S.O.S, novel grafik ini turut memuatkan dua lagi kisah remaja dalam menempuhi alam percintaan: Lagu Manis Darimu dan Semudah Kehidupan. 



Title : Remember 
Artist : Benjamin
Status : Available

Rain, seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis komik yang terkenal tetapi terpaksa melupakan cita-citanya dan bekerja sebagai kerani untuk menampung hidup. Suasana mula bertukar selepas dia menjalin hubungan cinta dengan seorang kartunis muda yang ditemuinya di pameran komik. 



Title : Gagahnya Kelab Manik !
Artist : Motomi Kyousuke
Status : Available

Korang pernah dengar tak pasal "perempuan yang gagah"? Aku, Oikawa Ibuki, tergolong dalam kumpulan perempuan sebegitu. Tapi apabila aku berpindah sekolah, aku telah mengambil keputusan untuk cuba menjadi perempuan yang comel. Malangnya pada hari pertama di sekolah baru, seorang pelatih gagak yang pelik telah ternampak sikap diriku yang maskulin dan membawa aku ke tempat lain... Cuba korang teka kat mana dia bawa aku?! 


Title : Mengintai Busur Beradu
Artist : Motomi Kyousuke
Status : Available

Setelah mengalami kecederaan lutut ketika membuat persembahan balet Anna Katsuragi terpaksa menelan hakikat terhadap komplikasi yang dia terpaksa bersara daripada balet dan impiannya membuat persembahan solo di dewan teater yang gemilang. Dia yang juga digelar "Primadona Genius" oleh masyarakat sekeliling kerana kehebatan balet - menyertai kelab Kyudo atau kelab memanah kerana tercabar dek desakan Jinnai Takeru, musuh ketatnya sejak kanak-kanak lagi. Tatkala mengharungi seribu keperitan diberi, Anna mula sedar dan kenal dengan erti sebenar "Primadona" yang terletak sejajar dengan resmi padi - semakin berisi, semakin tunduk ke bumi. 



Title : Penguin Prince
Artist : Motomi Kyousuke
Status : Available

Ranko, seorang gadis yang cukup digeruni disekolahnya sehingga digelar "Witch" dan Murakami, seorang peria kacak yang mendapat gelaran "Prince" daripada kalangan pelajar lain terutamanya perempuan. Pada satu hari, Ranko telah mengetahui rahsia besar Prince yang bisa membawa aib yang hebat kepada Murakami. Dengan memahami kesulitan yang menyelubungi lelaki itu sebagai idola, Ranko dalam diam mula mengenal erti cinta sekali gus menyedari kewujudan nuansa wanita yang terpendam di dalam dirinya selama ini.



Title : Star Post
Artist : Nakamura Sayumi
Status : Available

Star Post merupakan sebuah laman web yang misteri - hangat diperbincangkan oleh pelajar-pelajar di sekolah Asuka. Pada suatu hari, Asuka berjaya mengakses ke laman web yang sememangnya sukar untuk dimasuki kerana tiada siapa tahu cara untuk masuk ke laman web tersebut. Walaupun masih ragu-ragu dengan laman web itu, Asuka mula berbincang dengan penasihat misteri di laman web tersebut mengenai dirinya dengan Ryohya - pelajar senior yang disukainya secara diam-diam. Apakah yang berlaku selepas itu? Kisah 'Takdir Cinta' ini adalah nukilan kisah cinta di alam persekolahan. 

Selling Price : RM 3.00 per book
Original Price : RM 6.50 per book
Status : All Available
Book's Condition : All in a great shape. =D

Thursday, 15 March 2012

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 5


Title : Full Moon Joker
Artist : Takamiya Satoru
Status : Available

Yukihara Mutsuki adalah pelajar tahun pertama di Sekolah Tinggi Mitsuki. Dia mempunyai kebolehan yang agak pelik, iaitu kebolehan mendengar dan merasai perasaan orang lain. Namun, seperti gadis-gadis biasa, dia cuba mencari cinta. Suatu hari, Mutsuki bertemu lagi dengan seorang jejaka yang pernah duduk di sebelahnya di dalam tren. Adalah pertemuan ini ditakdirkan? Mutsuki rasa begitu.. 



Title : Lovely Baby 
Artist : Yumachi Shin
Status : Available

Dengan ibu bapa bertugas di luar negara, Kohinata Ann terpaksa bermastautin di rumah neneknya dan bersekolah di teratak ilmu berdekatan. Malangnya, pada ketika itu juga, neneknya dimasukkan ke hospital dan dia pun terpaksa menjaga kebajikan tempat tinggal tersebut. Selain Kohinata, terdapat tiga lelaki lain yang tinggal di bawah bumbung yang sama. Entah mengapa, salah seorang daripadanya, Ryu seperti tidak menyukai kehadirannya di situ. 



Title : Bersamamu di Ros Biru
Artist : Washio Mie
Status : Available

Buat pertama kali Kogiku datang ke Tokyo semata-mata hendak bersekolah di bandar itu. Dia tiba di Asrama Ros Biru yang sangat terkenal. Tempat yang seharusnya asrama perempuan, ia dipenuhi pelajar lelaki yang segak tampan bagaikan model. Apa yang akan berlaku seterusnya?!  




Title : Buatmu, Puisi Terpendek Di Dunia
Artist : Nakamura Sayuki
Status : Sold

Kata-kata indah yang ditulis mewakili kerinduan di hati pasti akan menghasilkan puisi terhebat.
Hatsune Kohda seorang gadis yang sukakan puisi. Demi bertemu penulis pujaannya, Shuuya Yoshihara, Hatsune berusaha memasuki sekolah tinggi yang sama. Sewaktu memohon memasuki Kelab Puisi, Hatsune terserempak dengan teman baik Shuuya, Riku Kureno. Apakah yang akan berlaku seterusnya?!


 

Title : Cinta Seindah Langit
Artist : Ichikawa Show
Status : Available

Selama ini, Sora kerap berpindah sekolah kerana mengikut keluarganya. Sora sentiasa berharap ini kali terakhir baginya bertukar sekolah. Sora juga selalu mengimpikan dirinya dikelilingi ramai rakan sekelas dan bergembira melalui detik-detik indah zaman persekolahan. Namun tanpa disangka, selain dirinya, kesemua pelajar dalam kelas barunya adalah PELAJAR LELAKI! Tambahan pula, setiap dari mereka mempunyai personaliti tersendiri. Sora sangka Haruki adalah ketua kelas tersebut lalu cuba berkawan rapat dengannya. Tetapi apa yang akan berlaku pada Sora seterusnya?! 


Selling Price : RM 3.00 per book
Original Price : RM 6.50 per book
Books's Condition : All in a great shape =D

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 4


Title : Benarkan Aku Jadi Pelayanmu 
Artist : Toma Rei 
Status : Sold

Kisah maid super comel dan butler sebuah kedai kopi (Crown). Suatu hari, semasa Yuzuko diganggu gengster, seorang pelayan cantik yang bekerja di kawasan berhampiran datang memberi pertolongan. Walaupun dia perempuan, tapi Yuzuko rasa berdebar-debar. Siapakah pelayan itu...?! Inilah kisah cinta hebat dari Rei.




Title : Selami Rentakku 
Artist : Kikuchi Kamaro
Status : Sold

Aku sangat, sangat, sangat, sukakan pemuzik terkenal - Ash. Suatu hari, di dalam kesibukan orang ramai di kotaraya ni, aku terjumpa Ash! 

"Sekilas pandang pun cukuplah..." kata aku dalam hati sambil bergerak menghampiri Ash. Tanpa disangka Ash menoleh lalu menyapaku. Siap tanya, "Awak nak tak jadi pembantu peribadi saya?" Macam tak percaya! Bagaimana nasib aku lepas ni ya?!   





Title : Temani Aku 
Artist : Shimaki Ako 
Status : Available

Apabila mendapat tahu bahawa bekas sahabatnya, Shibo sedang berusaha memenangi hati seorang lelaki yang merupakan saingannya di sekolah; Toshiki Fujikawa hanya menyedari bahawa dia mencintai Shibo sejak kecil lagi. Maka dengan itu, dia pun berusaha dengan sepenuh daya untuk memenangi hati wanita tersebut. Walau bagaimanapun, ikhtiarnya itu ternyata sukar kerana Shibo sebaliknya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya. Novel grafik ini turut mengandungi empat buah lagi cerita karya Ako Shimaki yang berkisar tentang cinta remaja dalam menempuhi kedewasaan. 



Title : Orange Kiss
Artist : Usami Maki
Status : Available

Kijima Aka telah bermimpi. Di dalam mimpinya, dia dan seorang lelaki berambut oren telah berkucupan di bawah keindahan matahari yang terbenam. Dan lelaki di dalam mimpi itu merupakan rakan sekelasnya, Shimizu! Apakah erti mimpi itu? Mungkinkah Aka menaruh perasaan pada Shimizu dalam diam? Apakah pula pandangan Shimizu terhadap Aka? 



Title : Desir Desir Sakura
Artist : Usami Maki
Status : Available 

Setelah kematian ibunya, Satsuki mengambil alih tanggungjawab sebagai penjaga makan minum adiknya di rumah dengan ayahnya bertungkus-lumus menjalankan perniagaan kontraknya. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang jurugambar di sebuah taman. Walau bagaimanapun, pertemuan mereka tidak kekal lama apabila ralat terjadi sekali gus memercikkan sebuah pertengkaran. Akan tetapi, hubungan mereka kembali bertaut setelah mengetahui bahawa masing-masing belajar di bawah institusi ilmu yang sama. Percintaan lalu terukir... pada musim sakura sedang kembang mekar. 


Selling Price : RM 3.00 per book 
Original Price : RM 6.50 per book 
Book's Condition : All in a great shape. =D

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 3


Title : Teman Sang Puteri 
Artist : Jinna Mai
Status : Sold

Mengisahkan seorang pemuda, Shingo Kanou melalui seribu badai untuk menjaga anak tunggal perempuan soerang jutawan yang nakal dan degil. Shingo terpaksa membuktikan kepada anak jutawan itu untuk terus berkhidmat di vila mewah tersebut dan terpaksa menelan segala dugaan yang dilemparkan kepadanya. 



Title : Puteri Dan Cinderella
Artist : Natsuna Kawase
Status : Sold

Kisah romantik impian dan cinta Puteri Tsubaki - pada majlis hari jadinya yang ke 16, ayahandanya iaitu Raja telah bertitah kepadanya bahawasanya dia mesti memilih calon bakal suami dengan segera. Merumitkan lagi keadaan,  puteri meminta bantuan secara rahsia daripada seorang pemuda yang hidupnya persis bak “Cinderella” bernama Aoi...?! 



Title : Organisasi Rahsia Sekolah 
Artist : Shiba Nana
Status : Available 

Hiriyama dilanda masalah apabila dia mendapati beg dan mejanya di sekolah diselongkar oleh seseorang. Dia juga merasakan yang dia sedang diperhatikan lalu Kimi mendapatkan bantuan daripada Hoshimiya Issei dan rakan-rakan yang dikenali sebagai Organisasi Rahsia Sekolah. 



Title : Darah Si Rembulan ( Vol.1-2 end )
Artist : Black Tohfu 
Status : SOLD

Lantarima, seorang anak gadis yang mempunyai kebolehan melihat visi gelap - kebolehan melihat kejahatan di dalam sanubari manusia lain. Dia berpindah ke sebuah sekolah baru dan berazam untuk hidup seperti gadis normal. Hajatnya tidak kesampaian apabila bertemu Garin, seorang remaja lelaki yang pelik dan mempunyai minat mendalam terhadap ilmu hitam. Sementara pelajar lain sedang bertungkus-lumus menyiapkan persediaan untuk festival Loi Krathong, seorang pelajar ditimpa kemalangan yang membawa kecederaan parah. Visi Lantarima memberikan bayangan yang kemalangan itu ada kaitan dengan ilmu hitam. Patung vodoo ditemui di tempat kejadian dan itu menguatkan lagi firasatnya bahawasanya Garin adalah orang bertanggungjawab. Buku pertama daripada dua buku bersiri. 



  Desh yang terjatuh dari bangunan sekolah akhirnya sedar dari koma. Apabila di soal-siasat oleh polis, Penolong Pengarah dan Cikgu Virush, dia tidak dapat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya pada malam itu. Lantarima, mula menyimpan syak kepada Garin setelah beberapa kejadian aneh menimpanya. Sementara itu, pada malam Festival Loi Krathong, Lantarima bakal berdepan dengan sebuah kebenaran tentang darah si rembulan.



Title : Secangkir Teh Karamel
Artist : Usami Maki
Status : Available

Bagi Nozomi, dunia ini mempunyai pelbagai kemungkinan mendatang kecuali "cinta pada pandangan pertama". Walau bagaimanapun, kehadiran seorang peria yang bekerja di sebuah kafe telah menundukkan pegangan bongkak Nozomi bila dia jatuh hati kepada pelayan tersebut. Tanpa menghitung sebarang risiko, Nozomi meluahkan perasaan cintanya dengan terburu-buru dan seperti dijangka, ia telah ditolak oleh lelaki tersebut tanpa mengambil masa yang lama. Tatkala perasaan marah dan sedih yang bercampur gaul, Nozomi mengambil tekad untuk bekerja di kafe yang sama; bersama peria tersebut bertugas di bawah satu bumbung yang sama. Dapatkah Nozomi membuktikan bahawasanya perasaan cinta hanya akan wujud "pada pandangan kedua?" 


Selling Price : RM 3.00 per book
Original Price : RM 6.50 per book
Book's Condition : All in a great shape. =D

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 2


Title : Peramal Masa Depan 
Artist : Natsuna Kawase
Status : Available 

Deenay adalah sebuah negara yang diterajui oleh ahli nujum, Tuan Gran yang sangat terkenal dengan kehebatannya. Tia, seorang perawan yang diutuskan ke Deenay, sebenarnya adalah seorang pembunuh yang ditugaskan untuk membunuh ahli nujum, Tuan Gran. Tia yang kecewa dengan kehidupannya dan gagal menyempurnakan misi menamatkan riwayat ahli nujum tersebut di Denaay telah diselamatkan oleh Ketua Panglima Rees. 




Title : Magis Manis Coklat
Artist : Mizuho Rino
Status : Available

               Mahukah kamu menikmati coklat yang boleh memakbulkan segala hajat di hati?

Sebagai bayaran, aku akan renggut benda terpenting dalam hidupmu... Berbagai jenis dan karenah pelanggan telah datang ke toko Chocolat Noir. Apakah mereka akan berikan demi memastikan hajat mereka tercapai? Selami kisah silam Aikawa Shokora penuh misteri!





Title : Rahsia Si Puteri 
Artist : Shiraishi Yuki
Status : Sold

Haru baru berpindah dari sekolah elit untuk cik-cik muda. Dia pendiam dan bersopan-santun, macam perangai cik muda sebenar. Namun hakikatnya dia ialah minah kampung yang berperangai kasar! Walaupun dia berusaha supaya takde orang tau, malangnya diketahui rakan sekelas, Nagase!!! Tapi dapatkah Nagase menerima Haru yang sebenar...? 


Title : Anti Chocolate 
Artist : Washio Mie
Status : Available 

Kagami ialah seorang gadis yang dilahirkan pada Hari Valentine tetapi dia amat membenci coklat. Jadi, sebelum ketibaan Hari Valentine - selain coklat, apakah yang harus Kagami hadiahkan kepada lelaki idamannya untuk mendapatkan temu janji?! Pelajar lelaki yang disukainya itu adalah Sakuraba yang amat sukakan coklat. Dia seorang jejaka yang amat popular di kalangan pelajar perempuan! Meskipun begitu, cinta mereka berdua bakal berdepan dengan seribu satu halangan. 



Title : Miss Vol 1 & 2 end
Artist : Ashihara Hinako 
Status : Available
Synopis for book 1 :

Kazu has built a wall in her heart so that she won't fall in love again. But an encounter with the playboy in her school, Kenta, has breached the unpenetrable wall. Would Kazu be hurt again? 

Synopsis for book 2 :

Hanya dua bahagian dalam kisah cinta Kazu dan Kenta ini. Ini merupakan bahagian yang akan menyimpulkan segala persoalan yang timbul dalam 'Miss I'. Cinta yang terbina - adakah ianya sempurna atau ada yang masih kekurangan? 



Selling Price : RM 3.00 per book
Original Price : RM 6.50 per book 
Book's Condition : All in a great shape. =D



Wednesday, 14 March 2012

Gempak Starz's Malay Manga ~ Post 1

I've been buying Malay manga since when i was Form 1. I still remember the first ever manga I bought is at Kinokuniya bookstore. Since my shelf doesn't have any more space left, I've decided to sell them. So, below are the pictures. Happy scrolling.


Title : Misteri Burung Layang-Layang Yang Terjunam 
Artist : Shinohara Chie
Status : Available
Synopsis : 

Penulis skrip, Minase Masako telah dibunuh.
Pembunuh adalah saingannya iaitu Morimura Shiki.
Walaupun pada anggapannya tiada sebarang bukti pun yang ditinggalkan, namun 
ada pula orang yang mengetahui akan hal ini. Apakah di lubuk hatinya hanyalah 
kegelapan ataupun dia yang telah menggelapkan hatinya ..... !?



Title : Ciuman Rahsia
Artist : Takamiya Satoru 
Status : Sold
Synopsis :

Rio, terperangkapdi dunia lain setelah membaca buku yang dijumpainya
dengan tidak sengaja. Di sana, dia terjumpa dengan seorang lelaki yang hadir
setiap malam dalam mimpinya. Nama lelaki itu adalah Tsukishiro. Dengan 
kuasa sihir yang menguasai dunia kasih dongeng, misinya adalah untuk membawa 
"Puteri" dari dunia luar. Rio diminta menjadi puteri untuk menamatkan kisah 
"CINDERELLA" .... Namun ......



Title : Percintaan Kucing Hitam
Artist : Takamiya Satoru
Status : Available
Synopsis : 

Tahukah anda mengenai kehidupan ahli sihir dan kucing hitam ?Kehidupan
di sana tiada kesengsaraan dan kesedihan. Tetapi, ada seekor kucing y ang
ditinggalkan setelah kematian seorang ahli sihir ..... Ahli sihir itu telah 
menjadi manusia setelah dilahirkan semula. Apakah yang terjadi kepada
kucing itu setelah datang ke dunia manusia untuk mencari ahli sihir itu ?
Ini adalah nukilan cinta yang menakjubkan.



Title : 143 Kaoru's Cake House - Edisi Novel 
( This is NOT a manga, but a novel, which is a story book )
Artist : Kaoru 
Author : Fakhrul Anour
Status : Available
Synopsis :

 Jasmin dirundung sepi hidup berteman ibu tanpa ayah di sisi. Lalu mereka 
berpindah ke kawasan baru yang tanpa diduga memberi satu kehidupan baru 
yang cukup bermakna. Seharian dikelilingi bunga di Maria's Bouquet milik ibunya,
dia mulai cenderung menikmati kelazatan kek-kek di Kaoru's Cake House. Hidup
menjadi lebih bermakna apabila kesunyian terus diisi dengan persahabatan baru, 
juga jatuh cinta ! Adakah jatuh cinta itu sesuatu yang tragis buat Jasmin ? Tidak 
semua cinta itu memerlukan sesuatu yang tragis ...... hanya di Kaoru's Cake House. 


Title : Sehabis Bicara Cinta 
Artist : Kazui Kazumi 
Status : Available
Synopsis from Gempak Starz :

Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kisah cinta dua remaja yang tertulis
dengan cukup manis tuturannya. Walau bagaimanapun, beberapa tahun telah
berlalu dan percintaan tersebut tiada lain hanyalah speperti sebuah tinggalan
yang kusam pada ingatan. Kini, si peria iaitu Saku sedang berangkat dari 
sebuah lapangan terbang untuk ke Australia bersama abu mayat kekasihnya
itu di sisi. Saat itu, suasana kembali berputar berkenaan permulaan wasilah 
mereka yang indah kepada pengakhirannya yang cukup tragis.


Selling Price : RM 3.00 per book
Original Price : RM 6.50 / RM 7.50
Book's Condition : All in great shape. =D